Tuesday, December 14, 2010

Berita Gempak!~

Mulai 20hb Disember 2010, Cikgu Suzane, Cikgu Haizan and Cikgu Ida akan ditukarkan ke Taska lain. Cikgu Suzane dan Cikgu Haizan akan bertugas di Taska Permata KEMAS Sg.Soi, Cikgu Ida pula di Taska Permata KEMAS Sri Mentiga Sg.Isap. Jadi pihak Taska akan mengadakan Jamuan Perpisahan pada hari Jumaat ini (17hb Disember) bertempat di Taska juga, pukul 5.00 petang. Ibubapa yang tak menghantar anak² musim cuti sekolah ni, jemput la datang jumaat ni yer. Yelah..bila lagi la kita nak berjumpa kan.... Jadi,apa² soalan dan pertanyaan, boleh telefon cikgu² yer. Terima kasih!.

Sunday, October 3, 2010

Promoting New Software

http://www.digeus.com/products/snapit/snapit_screen_capture_3_5.html >Screen Capture Software

SnapIt Screen Capture 3.7

SnapIt is easy to use screen capture software which allows you to easily capture
anything on the screen including windows, menus, full screen, rectangular regions,
web pages and take shots of moving images.

It is a very convenient tool for bloggers. When you write posts on your blog you need to
capture and crop images from different sources - this tool is for you.

- Supports hotkeys, auto-saving, clipboard
- Automatically copies screenshots to the clipboard
- Tracks capture history, auto-saves captured images
- Saves files in BMP, GIF, JPEG, PNG and TIFF formats
- Auto-names captured images
just go to that website to know more. To be honest, i haven't heard about this software before. But i might install and test it myself. But reading the description tempt me. I myself like screencapture. So this might be the best software for me. cheerios

Pendaftaran Kanak-kanak bagi Tahun 2011 DIBUKA SEKARANG!!

Kepada ibubapa yang ingin menghantar anak-anak ke TASKA kami, boleh lah datang sendiri untuk mendaftar, siapa cepat dia dapat. Tempat adalah terhad. Kanak-kanak berumur 3 tahun, iaitu kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008, terhad kepada 5 orang sahaja. Setakat ini 1 tempat telah di isi, tinggal 4 tempat sahaja. Bagi kanak-kanak berumur 4 tahun yang lahir pada tahun 2007, seramai 15-17 orang kanak-kanak. Setakat ini, sudah ada 6 tempat telah diisi. Ini kerana,kami mempunyai 6 orang kanak-kanak yang berumur 3 tahun yang akan 'naik' ke kelas 4 tahun. Jadi ada 11 kekosongan sahaja lagi. Tahun 2011, kami ingin menumpukan lebih perhatian dan pendidikan kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun, sebab itu kemasukkan kanak-kanak 3 tahun kurang jika dibandingkan tahun sebelum ini.
Datang ke TASKA kami untuk bertanya lebih lanjut mengenai sebarang maklumat, ataupun boleh diajukan di sini sahaja. Seperti pihak ibubapa juga yang ingin mencari TASKA yang bersesuaian bagi anak masing-masing, dilengkapi dengan kemudahan, permainan, dan sebagainya pihak kami juga mahu pihak ibubapa komitmed dengan tanggungjawab masing-masing, bukan sekadar menghantar anak-anak untuk diasuh,dijaga & diberi pendidikan yang secukupnya tetapi mengikuti segala aktiviti-aktiviti, program-program yang akan dirancang sepanjang tahun. Sistem pendidikan TASKA tidak akan berfungsi dengan sempurna jika tidak ada jalinan kerjasama dari kedua-dua pihak antara ibubapa dan pendidik.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami melalui e-mail ataupun komen di blog ini, ataupun datang terus untuk berjumpa dengan kami.


p/s : bagi kanak-kanak 3 tahun yang akan 'naik' ke kelas 4 tahun, borang baru perlu diisi. Salinan surat beranak tidak perlukan. Hanya gambar terbaru kedua ibubapa dan anak, slip gaji. Bayaran pendaftaran, t-shirt juga dikecualikan.

Sunday, July 25, 2010

Hari Keluarga dan Sukaneka TASKA Permata KEMAS Mat Kilau Tahun 2010

Alhamdulillah, satu lagi Taqwim TASKA berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih di atas kerjasama yang padu di antara pendidik, AJK dan ibubapa semua. Tanpa kerjasama antara kita semua, program ini tidak akan berjaya.
Tarikh : 25hb Julai 2010
Tempat : Taman Rekreasi Air Balok, Balok

Ada banyak gambar-gambar yang telah diambil,mahupun video. Video ini akan dijual pada hujung tahun nanti bersama dengan gambar-gambar aktiviti sepanjang tahun. Bagi ibubapa yang berminat untuk mendapatkan gambar-gambar ini terlebih dahulu,boleh berjumpa dengan saya, Cikgu Suzane. Buat sekarang ini, saya tak sempat nak muat turun gambar lagi, sebab terlalu banyak gambar yang perlu diedit dahulu. Dalam minggu ni mungkin dah boleh tengok. Video pula saya akan muat turun ke Youtube.

Saturday, July 10, 2010

Cadangan Baru

Malam tadi editor baru terfikir....

Kenapa kita tak buat Family's Day kat De Rhu Resort ker, Swiss Garden Hotel ker... Kalau kat chalet, mungkin bayaran tak sampai RM100.00, parents boleh bayar separuh, dan TASKA akan bayar separuh. Kalau dapat peruntukan lebih, tak payah bayar.... Maybe kita stay overnight,check in sabtu tengahari,malam kita buat BBQ, pagi ahad kita bersukan. Lepas bersukan, rehat... check out. Kalau buat kat Swiss Garden tu plak, 1 night RM198.00 at least.Mahal, tapi tak payah stay overnight,just buat family's day.... kita berBBQ lepas tu... baru balik... Mcmana?? Minggu depan mesyuarat khas akan diadakan, kami akan kemukakan cadangan ini. Sesiapa yang ada cadangan lain, sila tinggalkan komen. TQ :)

Monday, June 28, 2010

Birthday Bash!!~

Alhamdulillah, Birthday Bash diadakan dengan meriahnya. Terima kasih kepada AJK yang dapat hadir, kepada Pendidik-pendidik... tunggang terbalik kita wat keje yee..hehehe. Pembantu Taska, terima kasih.. WE MADE IT!!. Selesai satu program Taqwim. Lepas ni Family's Day pula ye.. Pictures said it all.. Look around. :). Oh, and sorry I had to create link to Flickr, because a lot of pictures to upload here,and i think better upload them on Flickr. Will post the link over here later, so right now its still uploading on Flickr,once it done i'll post it here A.S.A.P!~

http://www.flickr.com/photos/taskakemasmatkilau/?donelayout=1
so,i already uploaded the pictures.it sure does takes lot of times. so just click the link above it will direct u to the photos. happy watching!!~