Sunday, July 25, 2010

Hari Keluarga dan Sukaneka TASKA Permata KEMAS Mat Kilau Tahun 2010

Alhamdulillah, satu lagi Taqwim TASKA berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih di atas kerjasama yang padu di antara pendidik, AJK dan ibubapa semua. Tanpa kerjasama antara kita semua, program ini tidak akan berjaya.
Tarikh : 25hb Julai 2010
Tempat : Taman Rekreasi Air Balok, Balok

Ada banyak gambar-gambar yang telah diambil,mahupun video. Video ini akan dijual pada hujung tahun nanti bersama dengan gambar-gambar aktiviti sepanjang tahun. Bagi ibubapa yang berminat untuk mendapatkan gambar-gambar ini terlebih dahulu,boleh berjumpa dengan saya, Cikgu Suzane. Buat sekarang ini, saya tak sempat nak muat turun gambar lagi, sebab terlalu banyak gambar yang perlu diedit dahulu. Dalam minggu ni mungkin dah boleh tengok. Video pula saya akan muat turun ke Youtube.

Saturday, July 10, 2010

Cadangan Baru

Malam tadi editor baru terfikir....

Kenapa kita tak buat Family's Day kat De Rhu Resort ker, Swiss Garden Hotel ker... Kalau kat chalet, mungkin bayaran tak sampai RM100.00, parents boleh bayar separuh, dan TASKA akan bayar separuh. Kalau dapat peruntukan lebih, tak payah bayar.... Maybe kita stay overnight,check in sabtu tengahari,malam kita buat BBQ, pagi ahad kita bersukan. Lepas bersukan, rehat... check out. Kalau buat kat Swiss Garden tu plak, 1 night RM198.00 at least.Mahal, tapi tak payah stay overnight,just buat family's day.... kita berBBQ lepas tu... baru balik... Mcmana?? Minggu depan mesyuarat khas akan diadakan, kami akan kemukakan cadangan ini. Sesiapa yang ada cadangan lain, sila tinggalkan komen. TQ :)