Tuesday, December 14, 2010

Berita Gempak!~

Mulai 20hb Disember 2010, Cikgu Suzane, Cikgu Haizan and Cikgu Ida akan ditukarkan ke Taska lain. Cikgu Suzane dan Cikgu Haizan akan bertugas di Taska Permata KEMAS Sg.Soi, Cikgu Ida pula di Taska Permata KEMAS Sri Mentiga Sg.Isap. Jadi pihak Taska akan mengadakan Jamuan Perpisahan pada hari Jumaat ini (17hb Disember) bertempat di Taska juga, pukul 5.00 petang. Ibubapa yang tak menghantar anak² musim cuti sekolah ni, jemput la datang jumaat ni yer. Yelah..bila lagi la kita nak berjumpa kan.... Jadi,apa² soalan dan pertanyaan, boleh telefon cikgu² yer. Terima kasih!.

Sunday, October 3, 2010

Promoting New Software

http://www.digeus.com/products/snapit/snapit_screen_capture_3_5.html >Screen Capture Software

SnapIt Screen Capture 3.7

SnapIt is easy to use screen capture software which allows you to easily capture
anything on the screen including windows, menus, full screen, rectangular regions,
web pages and take shots of moving images.

It is a very convenient tool for bloggers. When you write posts on your blog you need to
capture and crop images from different sources - this tool is for you.

- Supports hotkeys, auto-saving, clipboard
- Automatically copies screenshots to the clipboard
- Tracks capture history, auto-saves captured images
- Saves files in BMP, GIF, JPEG, PNG and TIFF formats
- Auto-names captured images
just go to that website to know more. To be honest, i haven't heard about this software before. But i might install and test it myself. But reading the description tempt me. I myself like screencapture. So this might be the best software for me. cheerios

Pendaftaran Kanak-kanak bagi Tahun 2011 DIBUKA SEKARANG!!

Kepada ibubapa yang ingin menghantar anak-anak ke TASKA kami, boleh lah datang sendiri untuk mendaftar, siapa cepat dia dapat. Tempat adalah terhad. Kanak-kanak berumur 3 tahun, iaitu kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008, terhad kepada 5 orang sahaja. Setakat ini 1 tempat telah di isi, tinggal 4 tempat sahaja. Bagi kanak-kanak berumur 4 tahun yang lahir pada tahun 2007, seramai 15-17 orang kanak-kanak. Setakat ini, sudah ada 6 tempat telah diisi. Ini kerana,kami mempunyai 6 orang kanak-kanak yang berumur 3 tahun yang akan 'naik' ke kelas 4 tahun. Jadi ada 11 kekosongan sahaja lagi. Tahun 2011, kami ingin menumpukan lebih perhatian dan pendidikan kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun, sebab itu kemasukkan kanak-kanak 3 tahun kurang jika dibandingkan tahun sebelum ini.
Datang ke TASKA kami untuk bertanya lebih lanjut mengenai sebarang maklumat, ataupun boleh diajukan di sini sahaja. Seperti pihak ibubapa juga yang ingin mencari TASKA yang bersesuaian bagi anak masing-masing, dilengkapi dengan kemudahan, permainan, dan sebagainya pihak kami juga mahu pihak ibubapa komitmed dengan tanggungjawab masing-masing, bukan sekadar menghantar anak-anak untuk diasuh,dijaga & diberi pendidikan yang secukupnya tetapi mengikuti segala aktiviti-aktiviti, program-program yang akan dirancang sepanjang tahun. Sistem pendidikan TASKA tidak akan berfungsi dengan sempurna jika tidak ada jalinan kerjasama dari kedua-dua pihak antara ibubapa dan pendidik.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami melalui e-mail ataupun komen di blog ini, ataupun datang terus untuk berjumpa dengan kami.


p/s : bagi kanak-kanak 3 tahun yang akan 'naik' ke kelas 4 tahun, borang baru perlu diisi. Salinan surat beranak tidak perlukan. Hanya gambar terbaru kedua ibubapa dan anak, slip gaji. Bayaran pendaftaran, t-shirt juga dikecualikan.

Sunday, July 25, 2010

Hari Keluarga dan Sukaneka TASKA Permata KEMAS Mat Kilau Tahun 2010

Alhamdulillah, satu lagi Taqwim TASKA berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih di atas kerjasama yang padu di antara pendidik, AJK dan ibubapa semua. Tanpa kerjasama antara kita semua, program ini tidak akan berjaya.
Tarikh : 25hb Julai 2010
Tempat : Taman Rekreasi Air Balok, Balok

Ada banyak gambar-gambar yang telah diambil,mahupun video. Video ini akan dijual pada hujung tahun nanti bersama dengan gambar-gambar aktiviti sepanjang tahun. Bagi ibubapa yang berminat untuk mendapatkan gambar-gambar ini terlebih dahulu,boleh berjumpa dengan saya, Cikgu Suzane. Buat sekarang ini, saya tak sempat nak muat turun gambar lagi, sebab terlalu banyak gambar yang perlu diedit dahulu. Dalam minggu ni mungkin dah boleh tengok. Video pula saya akan muat turun ke Youtube.

Saturday, July 10, 2010

Cadangan Baru

Malam tadi editor baru terfikir....

Kenapa kita tak buat Family's Day kat De Rhu Resort ker, Swiss Garden Hotel ker... Kalau kat chalet, mungkin bayaran tak sampai RM100.00, parents boleh bayar separuh, dan TASKA akan bayar separuh. Kalau dapat peruntukan lebih, tak payah bayar.... Maybe kita stay overnight,check in sabtu tengahari,malam kita buat BBQ, pagi ahad kita bersukan. Lepas bersukan, rehat... check out. Kalau buat kat Swiss Garden tu plak, 1 night RM198.00 at least.Mahal, tapi tak payah stay overnight,just buat family's day.... kita berBBQ lepas tu... baru balik... Mcmana?? Minggu depan mesyuarat khas akan diadakan, kami akan kemukakan cadangan ini. Sesiapa yang ada cadangan lain, sila tinggalkan komen. TQ :)

Monday, June 28, 2010

Birthday Bash!!~

Alhamdulillah, Birthday Bash diadakan dengan meriahnya. Terima kasih kepada AJK yang dapat hadir, kepada Pendidik-pendidik... tunggang terbalik kita wat keje yee..hehehe. Pembantu Taska, terima kasih.. WE MADE IT!!. Selesai satu program Taqwim. Lepas ni Family's Day pula ye.. Pictures said it all.. Look around. :). Oh, and sorry I had to create link to Flickr, because a lot of pictures to upload here,and i think better upload them on Flickr. Will post the link over here later, so right now its still uploading on Flickr,once it done i'll post it here A.S.A.P!~

http://www.flickr.com/photos/taskakemasmatkilau/?donelayout=1
so,i already uploaded the pictures.it sure does takes lot of times. so just click the link above it will direct u to the photos. happy watching!!~


Sunday, June 27, 2010

Hari Keluarga & Sukaneka Tahun 2010

Tahun ini, AJK dan Pendidik sepakat untuk mengadakan Hari Keluarga & Sukaneka 2010 di Taman Rekreasi Balok, Balok Kuantan. Pada tahun 2007 kami pernah mengadakan Hari Keluarga di tempat yang sama, dan selepas 4 tahun kami kembali ke sana. Walaupun persiapan belum lagi rancak dilakukan, tetapi kerja² besar telah pun dimulakan seperti memohon sumbangan dan memilih acara² yang bakal diadakan nanti.
Adakah kami akan mengekalkan acara seperti tahun² sebelum ini?? ataupun kami mengugurkan acara lama dan mengantikan dengan acara baru? Tunggu dan lihat. Kalau kami kekalkan acara lama, ibubapa yang kira otai kat sini (anak² diaorg ada yang 2,3 orang keluaran Taska ni) nanti dah tahu dan gunakan trick yang sama. nanti tak seimbang pula perlawanan, ye tak?? Tapi,kena tanya pendapat diorg gak, setuju atau tak ni? boleh la reply kat sini ye,ataupun bagitau je kat kitaorg,no hal punya la.
Tema tahun ini ada warna Pink @ Hijau Epal. Insyaallah kalau peruntukkan mencukupi, bolehlah order Tshirt Khas untuk kanak²,AJK & Pendidik.Sekarang ni pun tengah mencari² Door Gift Kehadiran.. sebelum ni Taska pernah bagi, Mug,Mini Mug, Hamper.. etc. Tahun ini apa pula ye.. Surprise :).
Sebelum surat diedarkan saya akan maklumkan di sini dahulu beberapa maklumat bahawa :-
1. Setiap keluarga diminta menyediakan 1 hamper makanan untuk cabutan bertuah, harga hamper ada terpulang kepada budi bicara masing².
2. Tema adalah warna Pink(Striking) @ Hijau Epal (akan diputuskan kemudian), jadi kepada keluarga yang hadir boleh memakai tshirt yang sama, baru sporting kan?? Berkasut ye, topi adalah optional tak lupa juga seluar track baru senang nak berlari² satu tempat tu, kang anak² berlari merata tempat, parents tak dapat kejar sebab pakaian tak sesuai.
3. Makanan tidak disediakan melainkan air mineral dan sarapan pagi kanak². Konsep berkelah, jadi setiap keluarga kena bawa bekal masing², dan tikar, ok?
4. Kalau ada sesiapa yang hulurkan sumbangan, kami terima. :)

5. Lagi satu, acara wajib kanak-kanak adalah rebut gula-gula. So kepada individu2, boleh le bagi gula2 beberapa bungkus ye. kalau 10bungkus pun terima. Besar tapak tangan,Stadium Makmur kami tadahkan..hehehe ;)
6. Lain-lain perubahan dan penambahan akan dimasukkan kedalam blog ini. So rajin² le check ye. TQ!~

Sunday, May 2, 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Dino Park, Yayasan Pahang

Yang ini akan diupdate secepat yang mungkin, disebabkan gambar yang terlalu banyak tak sempat nak upload satu²...

Sunday, April 11, 2010




Assalamualaikum w.b.t…
Alhamdulillah, satu lagi program berjaya dilaksanakan. Walaupun kehadiran tidak begitu memuaskan. Sebenarnya sangat mengecewakan saya, bukan saja saya tapi pendidik²lain dan juga ibubapa yang hadir pada hari ini. Majlis ini pun tak lama,seperti yang diperkatakan dalam mesyuarat sebelum ini. Kami berharap bagi program @ aktiviti yang bakal diadakan nanti, kami berharap penglibatan sepenuhnya dari pihak ibubapa.
Bagi ibubapa yang hadir pada hari ini, terima kasih banyak² dari kami, keperihatinan dan sikap ambil berat anda kami hargai.Bagi yang tidak dapat hadir, mungkin anda ada alasan yang munasabah, kami terima dengan hati terbuka.


Editor wrote…
I know, some people thought early education isn’t important as secondary and primary school education. But this is the place where everything start, this is where our kids learn they 1st work group, 1st nature walk in group, 1st dancing in group etc.. Insyaallah learning will be fun with us. We put everything to our effort to make it great with them.

Wednesday, April 7, 2010

Mesyuarat AJK Kali Pertama

Mesyuarat AJK petang tadi sangat sempoi. Pengerusi and Naib Pengerusi dok atas lantai, katanya tinggi sangat la pulak..heheh. ^o^.Anak² merdeka kat taman permainan.Best gak, sebab selama I keje ni tak pernah lagi meeting sempoi camni.Bila orang baru menerajui Jawatankuasa, idea² bernas banyak dilontarkan.Which is good, dont get me wrong because its been years kami diterajui oleh orang yang sama, and we need some changes.I mean huge changes. It was hard, but someone has to do it (and it wasnt me). Bila seseorang terlalu lama memegang jawatan yang sama, produktiviti tidak berkembang, and it lacks of somethings fresh.I didnt said the old person wasnt good, he was good but this is new era,new evirontment,frest start and we need new people.
I lagi suka kalau ada komen² membina dari ibubapa, pihak atasan. Sebarang teguran atau komen dapat meningkat produktiviti kami dan menyedarkan kami dari 'koma'. Yelah,kalau dok terlalu asyik dengan fikiran masing-masing, its not good. But kalau teguran/komen yang menjatuhkan, I tak berapa nak suka. Tapi there's nothing we can say anything about it. Kena terima dengan hati terbuka. I suka sangat kalau ada parents yang datang kepada kami, ataupun panggil kami untuk perbincangan bagi meningkatkan lagi institusi ini. Sebarang cadangan yang membina yang membina,kami akan take note and laksanakan, Insyaallah.
Sememangnya kalau nak melaksanakan apa yang kita rancangkan kita perlukan jalinan,kerjasama dari kedua-dua pihak bukan sekadar 'syok sendiri',dimana kami 'terjebak' didalam fonemena itu for quite long time.Nampaknya tahun 2010 ni, ada perubahan yang bakal dilakukan.
Ayuh AJK mari kita sama-sama majukan Taska kita.