Sunday, June 27, 2010

Hari Keluarga & Sukaneka Tahun 2010

Tahun ini, AJK dan Pendidik sepakat untuk mengadakan Hari Keluarga & Sukaneka 2010 di Taman Rekreasi Balok, Balok Kuantan. Pada tahun 2007 kami pernah mengadakan Hari Keluarga di tempat yang sama, dan selepas 4 tahun kami kembali ke sana. Walaupun persiapan belum lagi rancak dilakukan, tetapi kerja² besar telah pun dimulakan seperti memohon sumbangan dan memilih acara² yang bakal diadakan nanti.
Adakah kami akan mengekalkan acara seperti tahun² sebelum ini?? ataupun kami mengugurkan acara lama dan mengantikan dengan acara baru? Tunggu dan lihat. Kalau kami kekalkan acara lama, ibubapa yang kira otai kat sini (anak² diaorg ada yang 2,3 orang keluaran Taska ni) nanti dah tahu dan gunakan trick yang sama. nanti tak seimbang pula perlawanan, ye tak?? Tapi,kena tanya pendapat diorg gak, setuju atau tak ni? boleh la reply kat sini ye,ataupun bagitau je kat kitaorg,no hal punya la.
Tema tahun ini ada warna Pink @ Hijau Epal. Insyaallah kalau peruntukkan mencukupi, bolehlah order Tshirt Khas untuk kanak²,AJK & Pendidik.Sekarang ni pun tengah mencari² Door Gift Kehadiran.. sebelum ni Taska pernah bagi, Mug,Mini Mug, Hamper.. etc. Tahun ini apa pula ye.. Surprise :).
Sebelum surat diedarkan saya akan maklumkan di sini dahulu beberapa maklumat bahawa :-
1. Setiap keluarga diminta menyediakan 1 hamper makanan untuk cabutan bertuah, harga hamper ada terpulang kepada budi bicara masing².
2. Tema adalah warna Pink(Striking) @ Hijau Epal (akan diputuskan kemudian), jadi kepada keluarga yang hadir boleh memakai tshirt yang sama, baru sporting kan?? Berkasut ye, topi adalah optional tak lupa juga seluar track baru senang nak berlari² satu tempat tu, kang anak² berlari merata tempat, parents tak dapat kejar sebab pakaian tak sesuai.
3. Makanan tidak disediakan melainkan air mineral dan sarapan pagi kanak². Konsep berkelah, jadi setiap keluarga kena bawa bekal masing², dan tikar, ok?
4. Kalau ada sesiapa yang hulurkan sumbangan, kami terima. :)

5. Lagi satu, acara wajib kanak-kanak adalah rebut gula-gula. So kepada individu2, boleh le bagi gula2 beberapa bungkus ye. kalau 10bungkus pun terima. Besar tapak tangan,Stadium Makmur kami tadahkan..hehehe ;)
6. Lain-lain perubahan dan penambahan akan dimasukkan kedalam blog ini. So rajin² le check ye. TQ!~

5 comments:

  1. hamper makanan tu...snack ker?
    bila agaknya tarikh hari keluarga tu..? masih tarikh yg sama dalam mesyuarat AJK terdahulu ye?

    ReplyDelete
  2. hamper yang paling mudah disediakan ialah,hamper snack la.dulu kami pernah buat hamper eg; biskut,gula,tepung,susu.. kalau snack, soda ker,keropok etc. setakat beri sedikit cadangan.kalau ada lebih dari itu, silakan. :)
    tarikhnya, seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ini, 25th Julai n(Ahad). Isnin cuti ek.hehehe

    ReplyDelete
  3. Rasanya tahun 2010 kena gugurkan acara lama dan gantikan yang baru......pemerintahan baru so semua acara pun kena baru le....hehhehehe

    ReplyDelete
  4. hah,dah ada cadangan gugurkan acara lama. yang lain,mcmana? kalau tade bantahan,kami gugurkana acara lama..tengah fikir acara lain.. ehem *acaramengenakanparents* hehehe.

    ReplyDelete
  5. Acara dah dipilih... banyak acara baru dan ada acara lama yang difikirkan sesuai dikekalkan.. :)

    ReplyDelete