Tahun ini, AJK dan Pendidik sepakat untuk mengadakan Hari Keluarga & Sukaneka 2010 di Taman Rekreasi Balok, Balok Kuantan. Pada tahun 2007 kami pernah mengadakan Hari Keluarga di tempat yang sama, dan selepas 4 tahun kami kembali ke sana. Walaupun persiapan belum lagi rancak dilakukan, tetapi kerja² besar telah pun dimulakan seperti memohon sumbangan dan memilih acara² yang bakal diadakan nanti.
Adakah kami akan mengekalkan acara seperti tahun² sebelum ini?? ataupun kami mengugurkan acara lama dan mengantikan dengan acara baru? Tunggu dan lihat. Kalau kami kekalkan acara lama, ibubapa yang kira otai kat sini (anak² diaorg ada yang 2,3 orang keluaran Taska ni) nanti dah tahu dan gunakan trick yang sama. nanti tak seimbang pula perlawanan, ye tak?? Tapi,kena tanya pendapat diorg gak, setuju atau tak ni? boleh la reply kat sini ye,ataupun bagitau je kat kitaorg,no hal punya la.
Tema tahun ini ada warna Pink @ Hijau Epal. Insyaallah kalau peruntukkan mencukupi, bolehlah order Tshirt Khas untuk kanak²,AJK & Pendidik.Sekarang ni pun tengah mencari² Door Gift Kehadiran.. sebelum ni Taska pernah bagi, Mug,Mini Mug, Hamper.. etc. Tahun ini apa pula ye.. Surprise :).
Sebelum surat diedarkan saya akan maklumkan di sini dahulu beberapa maklumat bahawa :-
1. Setiap keluarga diminta menyediakan 1 hamper makanan untuk cabutan bertuah, harga hamper ada terpulang kepada budi bicara masing².
2. Tema adalah warna Pink(Striking) @ Hijau Epal (akan diputuskan kemudian), jadi kepada keluarga yang hadir boleh memakai tshirt yang sama, baru sporting kan?? Berkasut ye, topi adalah optional tak lupa juga seluar track baru senang nak berlari² satu tempat tu, kang anak² berlari merata tempat, parents tak dapat kejar sebab pakaian tak sesuai.
3. Makanan tidak disediakan melainkan air mineral dan sarapan pagi kanak². Konsep berkelah, jadi setiap keluarga kena bawa bekal masing², dan tikar, ok?
4. Kalau ada sesiapa yang hulurkan sumbangan, kami terima. :) 5. Lagi satu, acara wajib kanak-kanak adalah rebut gula-gula. So kepada individu2, boleh le bagi gula2 beberapa bungkus ye. kalau 10bungkus pun terima. Besar tapak tangan,Stadium Makmur kami tadahkan..hehehe ;)
6. Lain-lain perubahan dan penambahan akan dimasukkan kedalam blog ini. So rajin² le check ye. TQ!~